Teknik merawat komputer meliputi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Diantaranya :
Masalah Debu
Masalah yang paling utama bagi komputer ini adalah debu. Debu ini sentiasa berada disekeliling kita. Debu berbentuk partikel-partikel halus yang berada di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif terhadap debu. debu ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap dapat mengakibatkan ketahanan komputer akan berkurang.Cara pencegahannya, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan, dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , dengan menggunakan vacum cleaner dan berus cat yang kering untuk menyedut debu-debu yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan alat yang kasar kerana dapat merusak komponen-komponen komputer tersebut).
Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Debu dapat menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan pada bahagian kipas di atas chip CPU.
Masalah Suhu
Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Pada keadaan lembab, komponen di dalam komputer dapat rusak. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan awetnya sesebuah komputer. Jangan biarkan komputer anda terkena air dan kelembapan. Komputer yang terkena air bukan saja dapat rusak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari.
Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang baik. Pasang kipas dengan kuat apabila anda menggunakannya lebih dari 2 jam. Jika anda menggunakan pendingin yang lain seperti kipas angin dari luar CPU adalah lebih baik di aktifkan ketika anda menggunakan komputer.
Masalah Cara Penggunaan
Penggunaan PC bergantung kepada cara anda menggunakannya. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangka waktu yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rusak dan perlu diganti bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse pada harga yang lebih mahal kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan aman untuk di gunakan.
Sumber: Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor


















Komentar